Demo FIFA 19 Akan Tersedia Untuk Dimuat-Turun Bermula Hari Ini

Saban tahun, permainan video bola sepak terkenal, FIFA pastinya akan ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Mana tidaknya, pembangun mereka, Electronics Art(EA) sentiasa mencari penambahbaikan baru untuk dibawa ke setiap keluaran permainan tersebut. FIFA 19 juga tidak terkecuali.

Tambahan pula, mod The Journey yang mempunyai jalan cerita tersendiri akan menemui penghujungnya pada edisi kali ini. Selain itu, EA juga berjaya memperolehi hak perlesenan bagi Kejohanan Kelab Eropah setelah sekian lama dipegang oleh pesaing rapatnya, Pro Evolution Soccer(PES) keluaran Konami.



Dua perkara ini menjadi peminatnya semakin tidak sabar untuk memiliki dan mula bermain FIFA 19 di konsol permainan milik mereka terutamanya PS4, Xbox One serta PC. Permainan ini hanya akan dilancarkan secara rasmi pada 28 September kelak.

Namun, bagi anda yang tidak sabar untuk mencuba permainan ini, anda boleh mula memuat-turun versi demo FIFA 19 bermula hari ini. Pengguna PS4 boleh muat-turun di PlayStation Store, Microsoft Store pula bagi pengguna Xbox One manakala pengguna PC boleh mendapatkannya di laman Origin.



Sejumlah sepuluh pasukan akan dapat dimainkan pada edisi demo ini iaitu :

  • AS Roma

  • Atletico Madrid

  • Bayern Munich

  • Borussia Dortmund

  • Juventus

  • Manchester City

  • Manchester United

  • PSG

  • Real Madrid

  • Tottenham Hotspur


Bagi pemain di Malaysia, anda dijangka boleh memuar-turun demo ini bermula dari pukul 10 malam ini.

 

Sumber