Demo Cybertruck Tesla Gagal - Kaca Trak Yang Sepatutnya Tahan Retak Pecah

Trak pikap elektrik pertama dari Tesla sudah sampai. Diberi nama Cybertruck, ia diperkenalkan oleh Elon Musk, CEO Tesla baru sebentar tadi. Ia mempunyai rekaan bersegi yang agak pelik namun pada masa yang sama unik dan menarik.



Namun, sesi demo Cybertruck tersebut tidak mengikut seperti apa yang dirancangkan oleh Elon Musk. Semasa sesi demo tersebut, ketua pereka Tesla, Franz von Holhausen telah membaling sebuah bola besi ke arah tingkap bahagian pemandu trak tersebut. Seluruh penonton terkejut kerana ia pecah kerana mengikut Elon ia sepatutnya tahan retak. Malah Elon sendiri turut terkejut sehingga terlepas carutan semasa siaran langsung tersebut.

"Oh my f--ing god," Kata Elon menyaksikan tingkap trak tersebut pecah.

"Mungkin ia kuat sangat". Elon menyuruh Von Holhausen membaling bola besi tersebut ke tingkap kedua di belakang trak. Dan ia juga pecah!



Elon seakan terkejut melihatkan hasil pecah kaca tersebut. "Kami dah pernah baling sepana, kami baling semua benda ke tingkap itu sebelum ini" Elon Musk.

"Kami hinggakan pernah mencampak sinki dapur dan tingkap tidak pecah. Saya tidak tahu mengapa ia pecah pula sekarang".

"Kami akan betulkannya selepas ini", ujarnya ketawa sambil meneruskan penyampaian spesifikasi lain Cybertruck pula.

Mengenai Cybertruck tersebut, ia mempunyai 3 versi :

  • Motor tunggal belakang, 402 km jarak perjalanan, 3400 kg kemampuan menunda, pecutan 0-100km/h bawah 6.5 saat, berharga 39, 900 USD (~RM166,363)

  • Dwi-motor belakang, 482 km jarak perjalanan, 4535 kg kemampuan menunda, pecutan 0-100 km/h bawah 4.5 saat, berharga 49, 900 USD (~RM208,058)

  • Tri-motor belakang, 804 km jarak perjalanan, 6350 kg kemampuan menunda, pecutan 0-100 km/h bawah 2.9 saat, berharga 69 900 USD (~RM291,448)


Badan trak tersebut dibuat dari keluli tahan karat 30x yang sangat keras. Ruang storang trak tersebut mempunyai kapasiti sebesar 30 meter persegi dan sepanjang 2 meter. Terdapat skrin sesentuh 17 inci di bahagian papan pemuka trak. Jika anda mahu mengetahui maklumat lanjut mengenai spesifikasi Cybertruck ini, anda boleh layari laman rasminya di sini.

Image

Sumber: Tesla,