Jangan dibuang begitu saja. Kitar semula peranti pintar anda.
Dr Arjan Dijkstra, pensyarah dalam bidang Igneous Petrology and Earth Materials serta Dr Colin Wilkins, pensyarah dalam bidang Economic Geology dari Universiti of Plymouth telah menjalankan kajian bagi mengetahui bahan-bahan nadir bumi apakah yang terdapat di dalam sebuah telefon pintar.
Untuk kajian tersebut, mereka telah menggunakan telefon pintar iPhone model terdahulu sebagai sampel kajian.
Kaedah yang digunakan pula adalah dengan menghancurkan peranti tersebut sehingga menjadi debu dan kemudiannya, debu tersebut dicampurkan pula bersama bahan sodium peroxide (bahan pengoksida yang kuat) pada suhu 500 darjah celsius.
Apabila dicampur dengan bahan tersebut, barulah saintis dapat menjalankan analisis kimia bagi melihat kandungan nadir bumi yang terdapat di dalam peranti pintar itu.
https://www.youtube.com/watch?v=bhuWmcDT05Q
Daripada hasil kajian yang dijalankan, saintis mendapati bahan nadir bumi yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah telefon pintar adalah terdiri daripada silikon, besi, karbon, kalsium, aluminium, kromium, tembaga, nikel dan tin serta 14 lagi bahan nadir bumi yang lain.
Walaupun jumlah kandungan bagi setiap bahan nadir bumi yang digunakan bagi menghasilkan sebuan telefon pintar itu adalah sangat kecil. Tetapi jika dilihat pada jumlah pengeluarannya pada setiap tahun yang lebih daripada 1.4 juta unit peranti dari pelbagai pengilang, ia adalah satu jumlah yang sangat besar.
Ia melibatkan aktiviti perlombongan berskala besar bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut yang boleh menjejaskan alam sekitar.
Oleh itu, sekiranya anda memiliki peranti pintar yang rosak atau tidak digunakan lagi, janganlah dibuang begitu sahaja.
Sebaiknya hantarlah peranti-peranti tersebut di pusat-pusat pengumpulan khas bagi mengkitar semula peranti itu. Bersamalah kita memulihara alam sekitar.
Berkaitan
- 5 Model Telefon Pintar Samsung Galaxy Ini Dijangka Terima Kemas Kini One UI 5.1 Februari Ini
- Taiwan Memberhentikan Penjualan 3 Model Telefon Pintar Huawei Demi Maruah Negara
- Pengilang Terbesar iPhone Sedang Disiasat Kerajaan China
- Huawei Mengumumkan 2 Juta Unit Telefon Pintar Nova 5 Telah Terjual
- Pengguna Telefon Pintar Samsung Galaxy Terima Kemas Bulan Mei
- Apple Mungkin Perkenalkan Model iPhone Pro Tahun Ini
- Tarikan iPhone Semakin Merosot, Pengguna Kini Lebih Tertarik Kepada Peranti Android
- Apple Mahu Pengguna Menggantikan Bateri iPhone Hanya Dengan Mereka Sahaja
- Lebih Daripada 20 Juta Unit Telefon Pintar Gionee Didapati Tersedia Dipasang Perisian Hasad
- Telefon Android Capai Kelajuan Muat Turun 17Mbps Dengan Selular Starlink