Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DBP: Padanan Untuk Istilah ‘Digital Influencer’ Ialah Pempengaruh Digital

DBP: Padanan Untuk Istilah ‘Digital Influencer’ Ialah Pempengaruh Digital

Diterbitkan Januari 22, 2021 · Dikemas kini Januari 22, 2021 oleh Amalina Athman

Seringkali kita mendengar sebutan ‘digital influencer‘ merujuk kepada seseorang yang boleh mempengaruhi pengikut atau peminat. Antaranya termasuk mereka dalam kalangan selebriti, atlet, model, pelukis dan sebagainya.

Ia merupakan istilah Bahasa Inggeris yang digunakan dalam sebutan kita. Terkini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memaklumkan padanan rasmi untuk digital influencer adalah pempengaruh digital.

pempengaruh digital

DBP turut menerangkan istilah ini secara lazimnya digunakan untuk bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Bagaimanapun, tiada maksud yang disertakan oleh DBP untuk istilah ini.

Sementara itu, DBP turut memaklumkan padanan rasmi instafamous adalah sohor Instagram atau pesohor Instagram.

DBP: Padanan Untuk Istilah ‘Digital Influencer’ Ialah Pempengaruh Digital

Merujuk DBP, maksud instafamous adalah individu yang terkenal kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan tanda suka yang banyak pada hantaran gambar di aplikasi Instagram.

Apa pula pendapat anda mengenai istilah baharu ini?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY