"David Blaine Ascension", Acara Aksi David Blaine Secara Langsung Di YouTube Pada 31 Ogos

Ahli silap mata terkenal, David Blaine bakal melakukan aksi langsung pertamanya setelah hampir sedekad akhir bulan ini. Acara "David Blaine Ascension", yang bakal membabitkan sejumlah besar belon, akan ditayangkan secara eksklusif di saluran rasmi YouTube beliau.

Dalam siarang langsung istimewa itu, David akan terapung di udara ala filem Pixar, "Up", disokong oleh belon-belon yang dipenuhi helium. Acara striman secara global, "David Blaine Ascension", nanti akan berlangsung pada hari Isnin, 31 Ogos 2020.

https://twitter.com/davidblaine/status/1293584068576043008

Menurut kenyataan beliau dalam laman Twitternya, proses pembuatan aksi ini telah mengambil masa selama 10 tahun. Katanya lagi, “Let’s turn worry into wonder and take magic to new heights.”

David akan berusaha terapung di seberang Sungai Hudson, digantung oleh sejumlah belon selama beberapa jam dari New Jersey ke New York.

YouTube juga ada menampilkan gambar David, yang terapung di udara dengan sokongan puluhan belon.

david blaine ascension

Dalam salah satu aksi terkenal beliau, pada tahun 1999, David pernah ditanam dalam sebuah kotak plastik di bawah tangki berisi tiga tan air selama tujuh hari di New York City. Sewaktu aksi yang dinamakan "Buried Alive" itu berjalan, David tidak makan apa-apa makanan dan hanya minum beberapa sudu air sahaja setiap hari.

Pada bulan Oktober 2002, David menghabiskan 72 jam berdiri di tiang di New York City. Dalam waktu yang sama, dia juga mengalami 1 juta volt kuasa elektrik. Persembahan aksi mengerikan itu telah disiarkan secara langsung di YouTube.

YouTube mengumumkan rancangan untuk acara langsung khas bersama David pada bulan Januari yang lalu. "David Blaine Ascension" adalah simbol strategi baru untuk YouTube Originals. Disebabkan saluran itu tidak menampilkan siri skrip, YouTube Originals kini memfokuskan acara langsung, muzik, selebriti, dan kandungan pendidikan.

Saksikan video trailer acara "David Blaine Ascension" di bawah:

https://youtu.be/oKAzg14mx88

Sumber: The Verge & EW

Baca lagi: Joseph Gordon-Levitt, Pelakon Hollywood Sedang Mencari Pemuzik Dari Malaysia Untuk Filem Terbaru