Datuk Seri Saifuddin Bin Abdullah Sebagai Menteri Komunikasi Dan Multimedia Baharu

Berikutan perubahan struktur kerajaan yang baharu, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan barisan kabinet terkini.

Untuk kementerian berkaitan teknologi, YB Datuk Seri Saifuddin bin Abdullah dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia. Untuk Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pula, beliau akan dibantu oleh YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin.

Selain itu, untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah dilantik. Beliau akan dibantu oleh Timbalannya, YB Haji Ahmad Amzad Hashim.

Diharapkan dengan lantikan menteri yang baru ini, lebih banyak perancangan mengenai teknologi terutamanya rangkaian 5G pada masa akan datang.

Jika sebelum ini YB Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia lantang mengerah penyedia syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan servis mereka, harapan yang sama turut diberikan kepada lantikan kabinet baharu supaya dapat sama-sama membantu Malaysia ke arah kemajuan teknologi yang lebih baik.