Jimatkan Penggunaan Data Dengan Aplikasi Datally

Google telah melancarkan satu aplikasi yang direka khas dalam membantu pengguna menjimatkan penggunaan data.

Dikenali sebagai Datally, ia memudahkan pengguna dalam mengenal pasti aplikasi mana yang menggunakan data secara berlebihan dan bila waktu data itu digunakan. Datallly juga akan memberi cadangan penjimatan data berdasarkan aktiviti telefon dan mengesyorkan sambungan WiFi berhampiran.



Salah satu fungsi menarik aplikasi ini adalah terdapat satu butang diatas setiap aplikasi bagi menghentikan penggunaan data pada latarbelakang. Ini bermaksud hanya aplikasi aktif di skrin sahaja yang akan menggunakan data.

Untuk pengguna Android, anda bolehlah mencuba aplikasi ini supaya lebih mudah mengawal penggunaan data internet.

Muat turun Datally