Data Trafik Waze Mungkin Boleh Membantu Servis Kecemasan Menyelamatkan Nyawa

Akan datang, Waze mungkin bukan sahaja dapat membantu pemandu mengelak kawasan kemalangan tetapi mungkin juga dapat memberitahu respondan kecemasan tentang kemalangan yang baru berlaku.

Servis navigasi dimiliki Google itu telah bekerjasama dengan Persatuan Nombor Kecemasan Eropah (EENA) untuk berkongsi maklumat yang boleh membantu pihak polis, ambulans dan bomba mengesan dan bertindak terhadap insiden kemalangan yang baru berlaku.

Prosesnya sangat mudah: sebaik sahaja pengguna memberitahu Waze tentang kemalangan, respondan kecemasan juga mendapat pemberitahuan dalam sistem mereka.

Mereka boleh memilih untuk memberitahu pengguna Waze yang lain di kawasan tersebut dan boleh menggunakan data trafik Waze bagi merancang perjalanan yang paling cepat untuk sampai ke tempat kemalangan.

Ini bukan pertama kali Waze bekerjasama malah untuk beberapa tahun lepas, Waze telah membantu bandar Boston menguruskan pergerakan trafik mereka kepada pengguna Waze.

Selain Boston, bandar terlibat yang memanfaat penggunaan data Waze ialah Rio de Janeiro, Barcelona, Jakarta dan Tel Aviv.

Sumber