Data Permainan Nintendo Switch Hanya Boleh Disimpan Pada Memori Dalaman Sahaja

Sudah 2 hari konsol permainan yang dinantikan ramai, Nintendo Switch, mula dipasarkan.

Jadi bagaimana perasaan bermain konsol tersebut?

Walaubagaimanapun, terdapat satu perkara yang perlu anda ketahui mengenai konsol ini.

Menurut Nintendo, konsol switch tidak mempunyai sokongan simpanan data permainan ke dalam kad MikroSD. Ini bermaksud permainan hanya boleh disimpan didalam memori dalaman sahaja.

Tetapi anda boleh menggunakan kad MikroSD untuk menyimpan screenshots dan perisian data termasuk

  • Perisian yang dimuat turun

  • Kemaskini perisian

  • DLC


Nintendo Switch mempunyai memori dalaman berkapasiti 32GB dan sekiranya ruang tidak mencukupi untuk menyimpan permainan, anda perlu memadam data permainan yang lain.

Untuk pengetahuan anda, 6.1 GB daripada 32GB memori dalaman yang tersedia itu digunakan untuk sistem operasi menjadikan 25.9 GB memori yang tinggal bagi simpanan permainan.

Berikut merupakan senarai kad MikroSD yang disokong Nintendo Switch:

  • mikroSD (sehingga 2GB)

  • mikroSDHC(4GB- 32GB)

  • mikroSDXC(64GB dan keatas)


Jika anda mahu menggunakan kad mikroSDXC pada konsol ini, sila pastikan sistem anda dikemaskini dahulu. Klik sini untuk cara-cara kemaskini.

Selain itu, anda pastinya mahu mengawasi dan menjaga konsol itu dengan lebih baik kerana jika ia rosak atau dicuri, segala data permainan yang anda simpan akan hilang begitu sahaja.

Sumber: Nintendo