Data Internet Percuma 1GB Kini Boleh Digunakan Sepanjang Hari

Ketika perutusan Perdana Menteri pada 7 Jun yang lepas, inisiatif Internet Produktiviti 1GB telah diumumkan yang mana ia akan dinikmati sehingga 31 Disember 2020.

Pada awalnya, tawaran data internet percuma itu hanya untuk kegunaan dari 8 pagi sehingga 6 petang. Tempoh tersebut kini telah berubah dimana ia tidak lagi terhad kepada penggunaan 10 jam tetapi dinaikkan sehingga 24 jam.

Perlu anda tahu, data internet percuma 1GB ini hanya untuk tujuan pendidikan, keperluan kerja dan perkhidmatan berkaitan informasi. Anda tidak boleh menggunakannya untuk mengakses platform media sosial seperti Facebok, Instagram dan sewaktu dengannya.

Tawaran data internet percuma 1GB ini boleh dinikmati semua pengguna pascabayar dan prabayar dari pengendali seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Yes serta TM.