Dari New York Ke London Dalam Masa 3 Jam, Richard Branson

Penerbangan supersonik pernah menghiasi angkasa dunia lebih dari sedekad dahulu melalui pesawat Concorde dan berkemungkinan pesawat supersonik tersebut akan muncul kembali tidak lama lagi.

Itu merupakan pandangan dari jutawan terkenal dari Great Britain, Richard Branson. Tetapi pesawat supersonik akan datang mungkin akan lebih baik dari versi terdahulu yang dilanda pelbagai masalah terutama kos operasi yang terlalu tinggi.

Kapsyen: Concorde British Airways


Branson yang memiliki Virgin Galactic, sebuah syarikat yang mengoperasikan penerbangan ke angkasa lepas sedang bekerjasama dengan Boom Technology Inc dalam menghasilkan kapal terbang supersonik generasi baru.



'Concorde' terbaru itu dijangka dapat beroperasi dengan kos yang lebih rendah dengan kapasiti penumpang antara 45 hingga 55 orang. Kelajuan pesawat tersebut dapat mencecah sehingga Mach 2.2 atau  2,400 km/j.

Berkaitan