Dapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Dari Celcom

Dijual secara rasmi pada harga RM 799- RM999 untuk pasaran Malaysia sejak 11 Mei yang lalu, Vivo Y17 kini boleh dimiliki secara percuma menerusi pelan pascabayar Platinum dan Platinum Plus dari Celcom.



 

Pelan Platinum dan Platinum Plus merupakan pelan pascabayar menawarkan data internet 60GB dan 100GB bersama-sama bayaran bulanan RM148 dan RM188. Disamping itu, ia juga disediakan dengan 100GB percuma untuk Super Video Walla, memberikan data lebih untuk pelanggan menikmati penstriman video tanpa menggangu kuota data internet utama.



Seperti umum sedia maklum, Vivo Y17 merupakan sebuah peranti yang dilengkapkan dengan mode Ultra Game, dibangunkan khas untuk memberi kenikmatan bermain permainan mudah alih, terutama sekali kepada peminat e-sukan pada harga mampu milik.

Didatangkan dengan rekaan skrin Halo FullView 6.35 inci, RAM 4GB ditemani storan 128GB, bateri berkapasiti 5000mAh, kamera hadapan 20MP serta tiga kamera belakang 13MP+8MP+2MP.