Dapatkan Vivo Y11 Secara Percuma Melalui Celcom Gold Plus

Vivo Malaysia kali ini bekerjasama dengan Celcom membawakan anda pelbagai tawaran menarik khas buat semua pengguna rangkaian tersebut. Bermula sejak 6 Disember lalu, pelanggan yang telah memilih pelan Celcom Mobile Gold Plus akan berpeluang untuk membawa pulang sebuah telefon pintar vivo Y11 secara percuma (bernilai RM 499). Pelan bernilai RM 98 itu menawarkan panggilan tanpa had, berserta dengan 20GB data harian dan 20GB lagi bagi penggunaan hujung minggu.

Namun, jika anda memilih untuk mendapatkan pelan XP Lite dengan L Pass, anda akan menerima harga promosi pembelian vivo Y11 dengan nilai RM 99 sahaja. Bersama-sama dengan pelan berharga RM 58 ini, pelanggan Celcom akan menerima 3GB percuma Video Walla, 12GB internet berserta panggilan tanpa had.

Vivo Y11 dihadirkan dengan 3GB RAM dan 32GB ROM beserta slot Mikro SD tambahan. Telefon ini juga dilengkapi paparan skrin sentuh 6.35 inci dengan sokongan bateri 5,000mAh yang besar. Ia boleh didapati dalam warna Mineral Blue dan Agate Red.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran ini dengan melayari terus laman web rasmi Celcom untuk memperoleh maklumat yang seterusnya.