Dapatkan Vivo V17 Pro Berharga RM 1,299 Sempena 9.9

Sempena 9.9, vivo Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menawarkan promosi menarik buat pelanggannya.

Vivo mengadakan satu hari promosi Super Shopping Day dan pelanggan berpeluang mendapat hadiah yang bernilai sehingga RM 299.

vivo

 

Antara tawaran menarik sempena promosi kali ini adalah seperti di bawah:

  • vivo Y50 ( bernilai RM 999), dengan harga diskaun sebanyak RM 799

  • vivo Y91C 2020 (bernilai RM 499), dengan harga diskaun sebanyak RM 389

  • vivo V17 Pro (bernilai RM 1699), dengan harga diskaun sebanyak RM 1299


Tambahan lagi, pelanggan juga layak untuk menerima tiga jenis baucar yang berlainan bagi setiap pembelian peranti vivo, iaitu:

  • RM20 baucar tunai (1) dengan pembelian minimum RM 499

  • RM30 baucar tunai (1) dengan pembelian minimum RM 899

  • RM50 baucar tunai (1) dengan pembelian minimum RM 1099


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan promosi ini, anda boleh membelinya di kedai rasmi vivo di Shopee.