Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo v17

Dapatkan Vivo V17 Dengan Harga RM 1,499 Sempena Promosi Tahun Baru Cina

Diterbitkan Januari 20, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, vivo Malaysia akan mengadakan promosi ”Chinese New Year Bonanza 2020” kepada para pelanggannya.

Tawaran ini bakal bermula dari 20 Januari sehingga 31 Januari 2020. Pengguna boleh dapatkan Vivo V17 dan Vivo Nex 3 dengan harga RM 1,499 dan RM 3,499. Selain itu, Vivo S1 Pro juga tersedia dengan harga RM 1,199.

Vivo juga sedang mengadakan peraduan ”Potret Keluarga” dan anda berpeluang memenangi Vivo V17, hadiah wang tunai, cetakan potret keluarga dan satu makan malam reunion percuma. Peraduan tersebut bermula dari 14 sehingga 31 Januari 2020.

Untuk menyertai peraduan ”Potret Keluarga”, anda boleh baca di sini.

Vivo V17 didatangkan dengan rekaan lubang kamera 32MP yang diberi nama “Ultra O Screen” oleh vivo. Skrin peranti bersaiz 6.44 inci FHD+ Super AMOLED dan mempunyai pengimbas cap jari di dalamnya.

Peranti ini juga dihadirkan dengan dua warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White. Pelanggan yang ingin dapatkan vivo V17 boleh dapatkan di kedai vivo dan kedai dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai CNY Bonanza 2020 dan Peraduan Potret Keluarga, anda boleh layari laman rasmi Facebook vivo Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY