Dapatkan Vivo V15 Pro Serendah RM22 Sebulan Dengan Pelan Digi

Vivo V15 Pro merupakan pertaruhan terbaru Vivo untuk pasaran kelas pertengahan dalam negara. Didatang dengan fungsi kamera swafoto periskop 32MP yang pertama didunia, ia dijual pada harga RM 1799.

Digi melalui pelan-pelan dalam Phone Freedom 365 sudah mula menawarkan Vivo V15 Pro. Anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga bulanan serendah RM 22 menerusi pelan Digi Postpaid 190. Lain-lain pelan adalah seperti berikut.



Bagi anda yang tertanya spesifikasi Vivo V15 Pro, ia datang dengan skrin paparan Super AMOLED 6.39 inci FullView, tiga kamera belakang gabungan sensor 48MP, 8MP+5MP, kamera swafoto dengan mekanisma periskop 32MP, RAM 6GB, storan 128GB, Snapdragon 675, bateri 3700mAh dan menjalankan FunTouch OS 9 berasaskan Android 9 Pie.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini boleh lawati laman Digi.