Dapatkan unifi Home Plan Serendah RM149 Dan unifi Plus Box Secara Percuma

unifi baru sahaja melancarkan Mobile Travel Pass pada minggu lalu. Mulai 15 Januari, unifi melancarkan satu lagi pelan iaitu unifi Home baharu dengan hiburan premium serendah RM149/sebulan. Dengan langganan unifi Home, anda akan menerima unifi Plus Box secara percuma. Unifi Plus Box adalah Android TV Box yang diperkenalkan untuk memaksimumkan pengalaman menonton bagi pelanggan unifi.

Pelan unifi Home

Ia dilengkapi ciri-ciri seperti akses terus ke kandungan media dari unifi TV dan rakan niaga seperti iFlix. Selain itu ia menyediakan tontonan dalam paparan 4K, dan menggunakan Voice Search dengan Google Assistant sebagai kawalan jauh.

Spesifikasi unifi Plus Box adalah menggunakan cip Quad-core, GPU OpenGL ES 2.0, 2GB RAM DDR4, dan sistem Android TV9.


unifi Plus Box Percuma

Terdapat tiga pelan langganan unifi Home iaitu 300Mbps, 100Mbps dan 30Mbps dengan data tanpa had serta kontrak langganan 24 bulan. Anda dapat menikmati 70 saluran hiburan premium pada unifi TV Ultimate Pack apabila melanggan salah satu daripada pelan tersebut.

Bagi pelan langganan unifi Home 300Mbps, anda akan menerima 6 bulan percuma langganan Viu dan aplikasi unifi PlayTV dapat mengakses sehingga 5 peranti.

Selain itu, bagi pelanggan sedia ada dengan langganan unifi TV Pack yang ingin mendapatkan unifi Plus Box,  anda perlu menukar pelan unifi Home 300Mbps dengan Ultimate TV Pack pada harga promosi RM199 atau tambah RM10 setiap bulan kepada cas bulanan sedia ada.

Bagi pelanggan tanpa unifi TV Pack pula, anda mempunyai pilihan untuk menukar pelan unifi Home 300Mbps, 100Mbps atau 30Mbps.

Namun, buat masa ini servis Netflix belum tersedia dengan unifi Plus Box.

Promosi pelan unifi Home baharu dengan unifi Plus Box secara percuma akan berakhir pada 31 Mac 2020.

Sumber: unifi