Dapatkan Telefon Baharu Tanpa Bayaran Pendahuluan Dengan Digi PhoneFreedom 365

Syarikat telekomunikasi(telco) popular tempatan, Digi baru-baru ini telah melancarkan satu program pemilikan telefon baharu yang dinamakan sebagai PhoneFreedom 365. Program ini akan memudahkan pelanggan sedia ada Digi untuk memiliki pelbagai model-model baharu termasuklah iPhone XS dan XR.

Melalui program ini, pelanggan yang berminat hanya perlu memilih peranti dan pelan pascabayar yang diminati di kedai-kedai Digi Store, Digi Store Express dan Digi Store Online. Bayaran bulanan bagi peranti adalah berbeza mengikut pelan pascabayar yang dipilih.



Dengan Digi Freedom 365, pelanggan tidak lagi perlu mengeluarkan wang yang banyak sekaligus untuk mendapatkan peranti idaman mereka. Bukan itu sahaja, Digi juga menawarkan bayaran bulanan dengan kadar 0% faedah.

Kapsyen: Kredit: Digi


Pelanggan program ini akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan. Akan tetapi, apabila memasuki bulan ke 18 kontrak, pelanggan layak untuk menukarkan peranti mereka ke model yang baru tanpa saebarang kos tambahan.

Tambahan lagi, pelanggan akan dilindungi oleh pihak Digi dari segi kerosakan peranti termasuk kecurian selama satu tahun melalui program Digi Shield. Jadi, untuk pelanggan Digi yang berminat, jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah dengan kadar segera.

 

Sumber: Digi