Dapatkan Tawaran Dan Hadiah Menarik Dari Vivo Malaysia Sempena Ulang Tahun Lazada

Bagi memeriahkan lagi ulang tahun kelapan Lazada pada 27 Mac ini, Vivo Malaysia akan turut sama memberikan tawaran menarik untuk semua pembeli.

Menurut vivo Malaysia, mana-mana pembelian telefon pintar yang berharga RM500 keatas layak menerima hadiah percuma berupa powerbank 5000mAh dan beberapa hadiah menarik lain.

Penawaran istimewa sehari ini bukan sahaja bersempena dengan ulang tahun Lazada, malah ia turut menggalakkan pengguna untuk tidak keluar membeli dan hanya melakukannya dalam secara dalam talian sahaja.

vivo

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman rasmi vivo, Facebook vivo Malaysia dan Lazada.