Dapatkan Samsung Galaxy S20 Dan S20 Plus Melalui Digi PhoneFreedom 365

Pelanggan Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) kini boleh membuat pra tempahan terkini Samsung Galaxy S20 dan S20 Plus dengan bayaran pendahuluan RM 0 bermula hari ini sehingga 26 Februari 2020.

Pelanggan PhoneFreedom 365 kini boleh menempah model pilihan mereka melalui Digi Online Store dan berpeluang mendapat sepasang Galaxy Buds percuma bernilai RM 599. 100 pelanggan pertama Digi Platinum juga akan menerima baucar aksesori tambahan bernilai RM 120.

Kedua-dua Samsung Galaxy S20 dan S20 Plus boleh didapati di semua Digi Store di seluruh negara pada 6 Mac 2020. Dengan Digi PhoneFreedom 365, pelanggan Digi Postpaid yang baru boleh memiliki telefon pintar terbaru dengan 0% caj faedah dan tanpa bayaran pendahuluan.

Pelanggan juga akan menerima dua kali ganda peruntukan kuota data sehingga 200GB sebulan, percuma perayauan dan IDD  10 negara serta berhak menerima peningkatan telefon percuma selepas bulan ke 20. Pelanggan yang mendaftar Digi Postpaid 160 dan Digi Postpaid 190 juga akan menerima Digi Shield percuma yang dapat melindungi telefon daripada kerosakan selama 2 tahun.