Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy M12 Wide

Dapatkan Samsung Galaxy M12 Dengan Harga RM599 Pada 5 Mei

Diterbitkan Mei 4, 2021 · Dikemas kini Mei 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Esok bermulalah jualan raya Shopee dan bersempena ini juga, Samsung Malaysia menawarkan Galaxy M12 yang mana sebuah peranti baharu berkelas permulaan.

Telefon ini dikuasakan cip Exynos 850 yang dipadankan memori 4GB RAM bersama storan dalaman 64GB. Ia turut mempunyai slot tambahan mikroSD sehingga 1TB.

Pada bahagian belakang, ia hadir dengan tetapan 4 kamera dimana – 48MP utama, 5MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Sementara kamera hadapan adalah 8MP.

Screenshot 2021-05-04 at 3.14.24 PM

Selain itu, ia dilengkapi paparan LCD Infinity-V berukuran 6.5 inci dengan resolusi 720p. Manakala di dalam dimuatkan bateri berkapasiti 5000mAh serta pengecasan pantas 15W dengan USB-C.

Antara ciri lain adalah Bluetooth v5.0, dwi-SIM dan juga penarafan IP68 kalis air. Galaxy M12 ini dijual pada tanda harga RM799.

Namun, bersempena kehadirannya, Samsung menawarkan hanya RM599 secara eksklusif di Shopee pada esok, 5 Mei di Shopee.

Sumber: Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY