Dapatkan Redmi Note 9S Edisi Terhad Berharga RM 949 Sempena Mi Fan Festival 2020

Acara Mi Fan Festival merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Xiaomi. Dengan slogan 'Live smart, buy smart' pada tahun ini, syarikat teknologi itu mahu menggalakkan penggunaan teknologi pintar dalam kehidupan pelanggan setia mereka.

Lanjutan daripada itu, Xiaomi akan menawarkan potongan harga yang menarik bagi beberapa peranti mereka bermula 7 sehingga 9 April ini di laman e-dagang Shopee dan Lazada.

Redmi Note 9S Edisi Terhad

XIAOMI

Selain itu, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar edisi terhad Redmi Note 9S bersempena Mi Fan Festival 2020. Peranti edisi terhad ini dikeluarkan secara istimewa dengan terdapat ukiran eksklusif logo Mi Fan Festival 2020 dibelakang telefon.

Ia juga didatangkan dengan warna kelabu edisi terhad serta mempunyai 6GB memori dan 128GB ruang storan. Tambahan lagi, setiap pembelian peranti ini disertakan dengan Xiaomi Mi Smart Band 4 yang bernilai RM 149. Pelanggan yang berminat boleh dapatkannya di laman rasmi Shopee dengan harga RM 949.

Xiaomi Malaysia menawarkan potongan harga sehingga 35% pada telefon pintar dan produk ekosistemnya. Penawaran ini terdapat pada dua laman e-dagang iaitu Shopee dan Lazada.

xiaomi

MFF 2020 Lazada

MFF 2020 Shopee