Dapatkan Prestasi "Cukup Rasa" Dengan OPPO A92, Hidangan Terbaru Untuk Peranti Kelas Pertengahan

Anda mahukan telefon pintar dengan rekaan cantik, kamera bagus, prestasi baik, bateri besar, harga berpatutan? Tapi mana satu yang sesuai untuk disambar dari lambakan telefon pintar yang ada dekat pasaran ketika ini?

Sekarang kami mahu kenalkan anda kepada OPPO A92, tetapi anda mungkin tertanya-tanya mengapa model ini? Jawapan yang anda cari mungkin ada pada perenggan-perenggan dibawah.
Rekaan cantik

Pertama sekali yang dilihat mata adalah rekaannya yang menawan. Disaluti dua pilihan warna yang menarik dan anda pasti menyukainya. Mahu tampil tenang anda boleh pilih Twillight Black, tapi jika mahu tampak segar dan lebih bergaya, Shiny White sesuai untuk anda. Jadi mana satu yang mampu menjadi halwa mata?



Tiada maknanya jika warna yang cantik tapi “bentuk badan” kurang selesa dipegang. Namun dengan OPPO A92, setiap sisinya melengkung sedikit ke belakang menjadikan pegangan lebih erat dapat dilakukan. Anda akan rasa selesa sepanjang penggunaan ditambah pula dengan peranti hanya seberat 192g.



Kita tahu tidak semua gemarkan imbasan jari pada paparan skrin, dimana masih ada yang memilih sensor fizikal. Tetapi sensor imbasan tersebut tidaklah seperti keluaran tahun-tahun sudah yang mencacatkan pandangan panel belakang. Pada OPPO A92, sensor imbasan cap jari diletakkan pada butang kuasa disisi dan terletak pada kedudukan yang mudah dan selesa untuk diakses. Tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah.



Modul kamera petak sudah menjadi tren kebanyakan peranti pintar ketika ini dan OPPO A92 tidak terlepas daripadanya. Modul petak tersebut diletakkan pada penjuru kiri panel belakang yang membariskan kuad kamera disusun seperti bentuk “C”.



Anda setuju rekaan OPPO A92 cantik? Ok sekarang kita lihat pula sama ada hasil rakaman kameranya bagus ataupun tidak.
Kamera yang bagus

Rakaman bahagian belakang OPPO A92 digalas oleh empat lensa iaitu 48MP, 8MP ultra lebar, 2MP monokrom dan 2MP potret. Melalui penggunaan kamera utama 48MP bersaiz ½ inci, sensor besar ini mampu membawakan pengimejan resolusi tinggi pada gambar. Hasil daripada kamera ini cukup memuaskan dengan kualiti yang cukup untuk terus dibawa ke media sosial.



Gemar merakam waktu malam? Aktiviti fotografi waktu malam pada OPPO A92 kini dipertingkatkan lagi dengan adanya bukaan lensa besar (f/1.79) ditambah lagi dengan kehadiran mod Ultra Clear Night 2.0.



Melalui gabungan teknologi HDR serta pengurangan hingar pelbagai bingkai, ia memberikan hasil rakaman baik pada waktu malam. Contohnya seperti mengambil potret, subjek akan diproses secara berasingan daripada latarbelakang supaya ia tidak terlalu cerah mahupun terlalu gelap.

Lensa ultra lebar 8MP yang digunakan pada OPPO A92 juga menyokong mod Ultra Clear, membolehkan anda merakam pemandangan malam dengan baik. Menawarkan rakaman seluas 119 darjah, OPPO mengoptimumkan prestasinya supaya dapat meminimumkan herotan pada hasil gambar.

Suka berswafoto tanpa mengira waktu? Ya dengan 16MP kamera hadapan bersama nilai aperture f/2.0, gambar swafoto anda kelihatan bagus tanpa mengira kadar pencahayaan disekeliling. OPPO juga menambah baik ciri AI Beautification yang mana ia secara automatik akan memadankan tona kulit bersesuaian dengan keadaan sekeliling.



Menguatkan lagi penawaran pada sistem kamera adalah kebolehan rakaman video yang stabil. Seperti model-model sebelumnya, OPPO A92 dilengkapkan dengan mod Ultra Steady yang menjadikan hasil video lebih stabil. Selain itu, anda juga boleh merakam pada sudut yang lebih luas dan sekiranya mahukan lebih keseronokan, boleh mencuba fungsi gerak perlahan pada kadar 120fps.

Tidak cukup dengan itu, telefon pintar ini turut menyokong rakaman video 4K yang menawarkan video lebih jelas, warna lebih terang serta tanpa latensi.

Kurang lengkap rasanya jika hasil video terus dikongsi pada media sosial tanpa disunting terlebih dahulu. Umpama hidangan tanpa garam, boleh dimakan tapi kurang enak. Bagi memudahkan suntingan dibuat, anda boleh menggunakan fungsi suntingan yang telah disediakan OPPO iaitu SoLoop.



Fungsi ini sedia dibangunkan bersama ColorOS dimana ia dapat membantu anda menambah muzik bersesuaian dengan video yang dirakam. Ia lebih menarik dengan kesan-kesan khas untuk memperelokkan lagi video anda.

https://www.youtube.com/watch?v=ptuWRbv3-os

Kini pastinya anda sudah jelas dengan keupayaan kamera OPPO A92, sejelas rakaman yang mampu dihasilkan peranti ini.
Prestasi baik

Walaupun berstatus peranti pertengahan, OPPO tidak lokek untuk memuatkan OPPO A92 dengan komponen dalaman yang baik. Antara yang diisi pada peranti ini adalah cip pemproses Snapdragon 665 yang dibantu oleh ciri HyperBoost daripada OPPO. Menjanjikan pengalaman terbaik saat bermain aplikasi mudah alih, sudah tentu penggunaan biasa tidak mendatangkan sebarang masalah besar buat anda.



Mahukan RAM yang lebih besar? Jangan risau kerana OPPO A92 disumbat dengan sistem memori RAM 8GB berpasangan dengan storan 128GB. Gandingan ini memberikan prestasi baik tatkala anda memasang aplikasi baru pada telefon pintar, menyalin atau memindahkan fail mahupun menjalankan pelbagai aplikasi serentak.
Bateri besar

Seperti yang sudah disebutkan pada awal tadi, OPPO A92 dibekalkan dengan kapasiti bateri yang besar. Besar mana? 5000mAh. Suatu nilai yang cukup untuk menemani anda sepanjang hari. Kehidupan anda selepas ini bebas powerbank. Apabila bateri sudah kekeringan tenaga, penuhkan ia dengan pengecasan pantas 18W.


Harga berpatutan

Sebelum kita bercerita tentang harga yang berpatutan, rasanya lebih patut kita lihat ciri lain yang ada pada OPPO A92.

Memberikan lebih daya penarik pada peranti ini adalah skrin berkeluasan 6.5 inci dipanggil sebagai Neo-Display dengan resolusi paparan 1080P. OPPO menyatakan paparan pada telefon pintar mereka ini mampu memancarkan visual yang cemerlang, jimat tenaga serta melindungi mata anda.



Perlindungan mata? bagaimana? Skrin OPPO A92 mendapat pengesahan daripada TuV Rheinland yang mengurangkan kesan cahaya biru pada mata, sekaligus menyediakan tontonan lebih selesa walaupun pada tempoh yang panjang.

Tidak cukup dengan itu, tontonan video anda akan diiringi dengan audio lebih enak dimana ia menyokong pembesar suara dwi stereo yang berada dibawah dan atas peranti. Ia turut didatangkan dengan Dirac 2.0 yang boleh memilih kesan bunyi berdasarkan senario audio secara automatik.



Sekiranya anda berhajat untuk membeli OPPO A92, anda perlu tahu bahawa peranti ini akan mengoperasikan sistem antaramuka ColorOS 7.1 berasaskan Android 10. Ia lebih ringan dan lancar berbanding versi-versi terdahulu serta kelihatan ringkas serta kemas.

Menambah perisa kepada semua ramuan yang telah disenaraikan diatas adalah harga jualan rasmi OPPO A92 di Malaysia. Diumumkan secara rasmi pada 4 Mei yang lalu, hidangan terbaru OPPO ini dijual pada harga RM1199.



Sekiranya anda berminat, boleh terus membuat belian dari OPPO Online Store, Lazada, Shopee atau pengedar sah OPPO seluruh negara. Adakah OPPO A92 bakal menjadi 'santapan' anda selepas ini? Boleh kongsikan diruangan komen.

Sebelum terlupa, terdapat juga tawaran eksklusif untuk pengguna OPPO, dimana OPPO A92 kini tersedia dengan rebat RM50. Untuk menikmati rebat ini, muat turun aplikasi MYOPPO dan isi borang untuk mendapatkan kod diskaun yang akan dihantar melalui SMS ke nombor yang didaftarkan.

Pengguna OPPO juga boleh mengunjungi mana-mana Kedai Konsep OPPO selepas tempoh PKP, tunjukkan telefon OPPO yang dimiliki sekarang dan seterusnya rebat segera RM50 akan diberikan kedai tersebut untuk pembelian OPPO A92.



Pada musim perayaan ini, OPPO turut memberikan hadiah lebih RM10 juta kepada peminat-O. Sebarang pembelian siri OPPO A akan menerima Beg Galas eksklusif OPPO bernilai RM199, dan diskaun sebanyak RM100 untuk pembelian OPPO A9 2020.

Bagi peranti OPPO Reno, termasuk siri terbaharu OPPO Reno3, pelanggan akan menerima OPPO Enco W31 bernilai RM259 secara percuma. Pelanggan yang membeli siri OPPO Find X2 pula akan menerima OPPO Enco Free bernilai RM499 secara percuma.



Sepanjang tempoh kempen ini dijalankan, peminat-O yang membeli mana-mana peranti OPPO berpeluang menjadi salah seorang pemenang bertuah dalam CABUTAN BERTUAH dalam talian yang diadakan di halaman Facebook OPPO setiap malam pada jam 8 malam.

OPPO akan memberikan 100 hadiah setiap hari, yang terdiri daripada Pulangan Tunai 10 x 100% dengan pembelian mana-mana telefon, 30 unit OPPO Enco W31 bernilai RM259 dan 60 unit Baucar Diskaun RM30.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran dan promosi dari OPPO Malaysia, boleh lawati OPPO Official Online Store atau dari rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia