Dapatkan Peranti Terpilih Dengan Harga Diskaun Sepanjang Promosi Honoraya Dari Honor

Pihak Honor Malaysia sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan diskaun sebanyak 6% bagi peranti keluaran mereka bersempena dengan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun ini. Namun berita baik untuk peminat peranti Honor, pihak Honor Malaysia akan mengadakan satu promosi istimewa bermula 24 Mei hingga 1 Jun ini. Promosi ini diberi nama sebagai 'Honoraya'.



Sepanjang tempoh promosi ini berjalan, ia akan diadakan di pasaraya atas talian rasmi Honor pada Vmall dan laman jualan atas talian, Shopee. Promosi tersebut akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian yang pertama bermula dari 24 Mei hingga 28 Mei ini di gerai rasmi Honor di Shopee. Manakala bagi jualan di pasaran Vmall pula akan berlangsung dari 24 Mei hingga 1 Jun. Selain itu, satu jualan kilat akan berlangsung pada 30 Mei hingga 1 Jun, dimana anda berpeluang mendapatkan peranti Honor terpilih pada harga serendah RM 10! (sementara stok masih ada).



Semasa promosi ini dijalankan, anda boleh mendapatkan beberapa peranti terpilih Honor pada harga diskaun termasuk Honor 7X pada harga RM 849(RRP:RM899), Honor 9 Lite pada RM 659(RRP:RM749) dan Honor View 10 pada harga cuma RM 1799(RRP:RM 1899).

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk Honor pada harga runtuh sepanjang tempoh promosi ini, anda boleh lawati laman sesawang Vmall atau gerai rasmi Honor di Shopee. Manakala untuk maklumat lanjut berkenaan promosi ini pula, anda bolehlah mengunjungi laman rasmi Honor Malaysia atau laman rasmi Facebook Honor Malaysia.