Dapatkan Pas Sahur 100GB Dari Digi Serendah RM7

Setahun sudah belalu, akhirnya kita kembali menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini. Bersempena ini juga, Digi menawarkan internet pantas tanpa had kelajuan kepada penggunanya.

Dengan tawaran tersebut, anda kini boleh kekal berhubung dengan insan tersayang walaupun berjauhan dengan membuat panggilan video atau pun mendengar ceramah agama selepas bersahur.



Pas sahur bernilai RM7 ini adalah sah untuk 7 hari yang boleh digunakan pada jam 3 pagi hingga 7 pagi dan tawaran ini diberikan sehingga 12 Mei, iaitu sehari sebelum menjelang Syawal.

Sekiranya berminat, pas 100GB ini tersedia buat pengguna pra-bayar dan juga pasca-bayar.

Sumber: Digi