Dapatkan OPPO A9 2020 Dengan Harga RM999 Sempena Jualan 12.12

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, tarikh 12.12 sering menjadi pilihan kedai atas talian yang popular, Shopee dan Lazada untuk mengadakan promosi jualan akhir tahun mereka. Banyak jenama akan mengambil bahagian termasuklah beberapa jenama telefon pintar yang tidak asing lagi di negara ini.

Pastinya ramai yang sedang bergembira apabila hampir semua produk berjenama di seluruh Malaysia bakal ditawarkan dengan harga yang sangat menarik bersempena menyambut kedatangan 12.12 ini. Tidak ketinggalan, OPPO juga sekali lagi akan turut mengambil bahagian dan menawarkan pelbagai promosi hebat buat para pelanggan setianya.

Pada sambutan 12.12 kali ini, OPPO akan menawarkan peranti A9 2020 mereka dengan harga potongan istimewa dari RM 1199 kepada RM 1099. Namun, menambahkan lagi kecerian apabila jenama ini memutuskan untuk menyediakan A9 2020 kepada anda semua dengan tawaran harga serendah RM999 apabila anda membuat bayaran melalui e-baucar yang bernilai RM 100.

Buka laman kedai rasmi OPPO menggunakan akaun Shopee atau Lazada anda, dan mula mengumpul baucar tersebut dari 12-14 Disember ini. Kemudian, check-out untuk membayarnya pada jam 12 tengah malam 12.12. OPPO menjanjikan penawaran harga yang terbaik buat pelanggannya bagi menamatkan tahun 2019.

OPPO A9 2020 ditampilkan dengan 4 kamera belakang yang dijana dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Ia tersedia dengan RAM 8GB serta ruang storan 128GB bagi menyimpan segala bahan media. Pasangan memori ini akan ditemani dengan cip pemprosesan Snapdragon 665.