Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dapatkan Nombor Telefon Si Pencuri dan Padam Fail Sulit Anda

Dapatkan Nombor Telefon Si Pencuri dan Padam Fail Sulit Anda

Diterbitkan Ogos 28, 2017 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salah sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan satu aplikasi yang perlu anda pasang untuk setiap peranti Android anda. Aplikasi yang dimaksudkan ialah Erado, yang mana aplikasi ini akan bertindak memadamkan segala fail sulit yang terdapat dalam telefon pintar anda sekiranya ia dicuri.

Bukan itu sahaja, ianya juga dapat membantu anda untuk mendapatkan nombor telefon sipencuri tersebut sekiranya simkad baru cuba dimasukkan. Kepada anda yang masih belum tahu akan apliaksi ini, berikut kami tunjukkan langkah-langkah pemasangannya.

Langkah 1

Pasang aplikasi Erado terlebih dahulu daripada Playstore

Langkah 2

Setelah siap proses pemasangan, anda dikehendaki mencipta suatu kata kunci sebagai langkah keselamatan agar aplikasi ini tidak dapat di padam oleh si pencuri.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 15.14.11

Langkah 3

Masuk ke menu “Setting” dan pilih kaedah yang ingin anda gunakan untuk memadamkan maklumat dalam peranti anda. Terdapat 4 kaedah yang disediakan untuk anda gunakan, iaitu maklumat akan dipadam seiranya salah satu daripada aktiviti berikut dilakukan:

  • SMS khusus dihantar
  • Simkad anda dicabut
  • Simakd anda disekat
  • Simkad anda diganti

sila rujuk gambar dibawah.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 15.14.11(1)

Langkah 4

Untuk mendapatkan nombor telefon si pencuri pastikan anda aktifkan langkah berikut. yang mana nombor telefon sipencuri akan segera dihantarkan kepada anda sejurus selepas simkad baru dimasukkan.

WhatsApp Image 2017-08-28 at 15.14.10(1)

 

Menarik bukan? apa tunggu lagi, dapatkan segera aplikasi ini daripada Playstore. Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY