Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Diterbitkan November 5, 2017 · Dikemas kini November 5, 2017 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan satu aplikasi windows dan iOS yang boleh anda pasang pada PC anda untuk membaik pulih peranti pintar yang bermasalah. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh dilakukan oleh aplikasi ini, diantaranya ialah untuk ROOT , Unlock Screen, Data Recovery, Complete Format dan banyak lagi.

Apa yang menariknya ialah semuanya dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Sebagai contoh kami telah cuba salah satu fungsinya iaitu Data Recovery. Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan kembali data yang telah dipadam pada peranti pintar anda.

Terlebih dahulu Muat turun dan pasang aplikasi Dr Fone melalui pautan dibawah

DrFone

Langkah 1

Stelah siap muat turun, install aplikasi tersebut. Pastikan sambungan internet anda aktif.

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Langkah 2

Setelah siap dipasang, maka paparan berikut akan muncul. Anda boleh lihat sendiri terdapat pelbagai fungsi yang menarik yang bleh dilakukan oleh aplikasi ini. Sekiranya anda berminat untuk ROOT peranti bolehlah berbuat demikian ya.

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

 

Langkah 3

Sebagai Contoh, admin telah mencuba fungsi Data Recover. Pastikan anda menyambung peranti pintar anda ke port USB PC. Seterusnya klik pada menu Recover Data, bergantung pada jenis peranti yang anda gunakan.

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Langkah 4

Pastikan anda aktifkan terlebih dahulu fungsi USB Debugging dalam menu Developer Option Telefon anda. Sekiranya tidak pasti cara-caranya, boleh rujuk tutorial berikut.

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Contoh pada Peranti Xiaomi Mi Max

WhatsApp Image 2017-11-05 at 22.39.43

Langkah 5

Berikut admin cuba pada peranti Xiaomi Mi Max 2. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai, pastikan sambungan internet anda aktif.

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Langkah 6

Untuk mendapatkan kembali data yang hilang atau terpadam pada peranti, pilih jenis-jenis fail yang ingin di pulihkan terlebih dahulu kemudian klik pada butang Next

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Langkah 7

Pilih diantara 2 menu berikut.

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Langkah 8

Hampir selesai. Disini admin ingin nyatakan terlebih dahulu, proses seterusnya akan menyebabkan peranti anda akan di ROOT terlebih dahulu dan akan di UNROOT setelah selesai proses pemulihan data. Sekiranya peranti anda masih baru dan tertakluk kepada jaminan, admin berharap agar anda fikir terlebih dahulu masak-masak, kerana jaminan peranti mungkin akan VOID sekiranya berlaku proses ROOT.

Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Setelah memahami risikonya, maka anda bolehlah klik pada butang Start. setelah siap di proses maka anda akan dapat kembali data yang telah dipadam.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress