Dapatkan iPhone SE Dengan Harga RM 288 Menerusi Pelan FIRST Platinum Dari Celcom

Sudah bermula sejak 28 Oktober 2016 yang lalu dan bakal berakhir pada 31 Januari 2017 tahun hadapan, kesemua pelanggan sedia ada serta pelanggan baru berpeluang untuk mendapatkan iPhone SE pada harga promosi serendah RM288 dari Celcom.

Peranti keluaran Apple itu sangat sesuai bagi mereka yang gemarkan telefon pintar yang bersaiz kecil. Bagi anda yang berminat dengan tawaran dari Celcom ini, anda bakal menikmati:

  • Diskaun sehingga 80% untuk pembelian iPhone SE apabila anda mendaftar pelan FIRST Platinum

  • 30GB data internet harian dan 30GB data internet hujung minggu

  • Pilihan untuk menggabungkan data internet harian dengan data internet hujung minggu untuk menikmati 60 GB Internet sepanjang bulan menerusi Anyday GB

  • Panggilan serta SMS ke semua talian tanpa had

  • Whatsapp dan WeChat tanpa had

  • Yonder Music tanpa had


Dengan tempoh promosi yang berbaki kurang dari dua bulan sahaja lagi, jangan lepaskan peluang untuk melanggan pelan terbesar dari Celcom ini disamping dapat berpeluang memiliki iPhone SE dengan harga yang murah. Layari laman web Celcom untuk keterangan lanjut.