Dapatkan Dua Siri Samsung Galaxy S20 Dengan Hanya RM 189 Sebulan Melalui Maxis Zerolution

Sekitar sebulan yang lepas, siri Samsung Galaxy S20 telah pun dilancarkan dengan membawakan pelbagai kelainan serta inovasi bagi setiap model. Samsung Galaxy S20 Ultra menawarkan 100x zoom dan rakaman video 8K. Manakala, bagi Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 didatangkan dengan 30x zoom serta rakaman video 8K.

Bermula 6 Mac, pengguna boleh dapatkan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G dengan hanya RM 129 sebulan dengan Maxis Zerolution360. Pengguna juga boleh dapatkan Samsung Galaxy S20+ atau Samsung Galaxy S20 dengan ansuran bulanan dengan hanya RM 189 sebulan dengan Maxis Zerolution. Di bawah pelan ini, pelanggan boleh menikmati pembayaran tanpa pendahuluan, kad kredit dan kadar faedah pada rangkaian 5G.
maxis

Maxis juga mempamerkan 5G Live dengan Galaxy Ultra iaitu sebuah galeri mini yang mempamerkan pemandangan Malaysia melalui kepingan diorama, termasuk sebuah Maxis Centre. Teknologi zum mudah alih paling berkuasa di dunia ini boleh dicuba oleh para pelanggan di KLCC dan Sunway Pyramid dengan cara paling kreatif dengan menikmati keindahan seni sebenar galeri mini secara terperinci melalui kamera S20 Ultra. Lebih menarik, mereka dapat menyaksikan pameran seni tersebut secara imersif melalui teknologi realiti terimbuh Maxis 5G.

maxis

Pameran tersebut kini berada Maxis Centre KLCC dan akan datang akan berada di Maxis Centre Sunway Pyramid selama sebulan. Semasa pameran, pengguna boleh melayari video dan permainan serta memeriksa ujian kelajuan rangkaian Maxis 5G,