Dapatkan Dron GoPro Karma Dengan Hero 5 Pada Harga Diskaun Sebanyak 50%

Diawal pengenalannya untuk pasaran tempatan, dron Karma dengan kamera aksi GoPro Hero 5 Black dijual pada harga RM5999.

Susulan pengumuman GoPro yang mahu berhenti dari mengeluarkan dron, produk terbabit telah menerima potongan harga sebanyak 50% daripada sebuah pengedar tempatan.



Menerusi Facebook, All IT Hypermarket, mereka menawarkan dua versi dron iaitu...

  • Dron Karma dengan Hero 5 - RM5999 RM 2999

  • Dron Karma dengan Hero 6 - Rm6299 RM 3399


Selain itu, setiap pembelian akan diiringi dengan bateri percuma yang bernilai RM599. Bagi anda yang berminat boleh beli secara dalam talian disini. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi Facebook All It Hypermarket.