Dapatkan Diskaun Membeli Peranti Vivo Dan Menangi Hadiah Menarik

Bermula hari ini sehingga 27 Oktober, pihak Vivo Malaysia dengan kolaborasi ThunderMatch (TMT) akan mengadakan tawaran hebat sempena ulang tahun ke-22 jelajah ThunderMatch di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur nanti.

Pembeli yang membeli Vivo NEX 3 ataupun Vivo V17 Pro ketika jelajah tersebut dapat membeli peranti tersebut dengan 5% diskaun apabila mereka menggunakan QR Razer Pay.

Pembeli juga akan mendapat hadiah terima kasih daripada Vivo Malaysia dan TMT iaitu:

  • Percuma kotak hadiah Vivo

  • Percuma pemberat pintar Vivo

  • Percuma baucer TMT

  • Percuma Power Bank




Vivo NEX 3 merupakan peranti flagship dengan skrin "air terjun" yang melimpah ke sisi skrin. Manakala Vivo V17 Pro pula merupakan kelas pertengahan premium yang memfokuskan kepada fotografi. Vivo NEX 3 tersedia dalam warna Glowing Night, manakala V17 Pro dalam warna Crystal White dan Knight Black.

Berkaitan