Dapatkan Diskaun Bernilai RM200 Bagi Pembelian Asus Zenfone Max Plus M1 - Bermula 14 Disember Hingga 19 Disember 2017

Anda sudah maklum bahawa Asus Zenfone Max Plus M1 telah dilancar dengan jayanya semalam, 13 Disember 2017. Peranti kelas pertengahan ini didatangkan pada harga mampu milik iaitu RM899 untuk pasaran tempatan.

Pra tempah model ini sudahpun bermula hari ini dan dalam masa terhad, anda boleh milikinya pada harga yang lebih murah dengan potongan harga bernilai RM200 atau dapatkan kupon berharga RM200.

Bagaimana caranya?

Terdapat dua cara; pra-tempah secara luar talian dan satu lagi pra-tempah secara dalam talian di Lazada.



1. Pra-tempah luar talian (kedai pengedar sah)

  • Tempoh promosi: 14 - 19 Disember 2017

  • Tarikah ambil telefon: 20 Disember 2017

  • Pembeli akan menikmati rebat RM 200 apabila membuat pembelian secara trade-in sebarang model telefon (berfungsi atau tidak berfungsi)

  • Pembeli perlu meletakkan deposit sebanyak RM 100 untuk menempah promosi pra-tempah.

  • Klik untuk senarai lengkap kedai yang menawarkan pra-tempah


2. Pra-tempah dalam talian menerusi Lazada (online)

  • Tempoh promosi: 14 - 19 Disember 2017

  • Tarikah produk mula dihantar: 22 Disember 2017 dan seterusnya

  • Pembeli akan mendapat baucar diskaun sebanyak RM 200 untuk membeli apa-apa barang yang boleh didapati di Lazada apabila mereka membeli ZenFone 4 Max Plus semasa tempoh pra-tempahan

  • Setiap Akaun boleh membeli maksimum dua (2) unit sahaja.


Klik untuk melihat spesifikasi Asus Zenfone Max Plus M1