Dapatkan Diskaun 50% Sempena HONOR 9 Series Pay Day Sale

HONOR Malaysia kembali lagi dengan HONOR Pay Day Sale, kali ini mereka mengadakan tawaran buat siri HONOR 9, jam tangan pintar dan banyak lagi.



HONOR 9 Series Pay Day Sale ini bermula dari 21 hingga 30 September 2020 di semua HONOR Experience Stores (HES) dan kedai rakan kongsi manakala jualan atas talian bermula dari 25 September hingga 2 Oktober 2020 di laman rasmi HONOR, Hihonor.

Kepada pelanggan yang membeli di kedai, anda akan menikmati diskaun sebanyak 50% serta hadiah percuma bagi setiap pembelian siri HONOR 9 termasuk HONOR 9A, HONOR 9X PRO, HONOR 9X, HONOR 9X Lite dan HONOR 9S yang baru dilancarkan.



Bagi pelanggan yang berdaftar di Hihonor pula, anda bukan sahaja berpeluang memenangi HONOR Band 5i dan HONOR Scale 2 semasa cabutan bertuah tetapi anda akan menikmati diskaun lagi melalui jualan dalam talian dan flash deals.

Siri HONOR 9S yang dilancarkan baru-baru ini ditawarkan pada harga RM 359. Manakala HONOR 9X dijual pada harga RM 849 serta percuma HONOR Gift Box mulai 21 hingga 30 September 2020 di HONOR Experience Store.

Antara produk yang terdapat semasa jualan Hihonor Deals (25 September hingga 2 Oktober 2020):



Selain itu, HONOR juga mengadakan Flash Deals dengan diskaun setiap hari pada 12PM semasa HONOR Pay Day Sale ini. Antara produk yang ditawarkan semasa tempoh Flash Sale ini adalah:

  • HONOR Power Bank 10,000mAh - SRP RM 149

  • HONOR MagicWatch 2 46mm (Charcoal Black)- SRP RM 699

  • HONOR Magic Earbuds - SRP RM 499

  • HONOR MagicBook 14 (16GB RAM+512GB SSD) - SRP RM 2,999

  • HONOR 8S - SRP RM 369

  • HONOR MagicBook 14 (8GB RAM+256GB SSD) - SRP RM 2,299

  • HONOR 8X MAX - SRP RM 829

  • HONOR Watch Magic - SRP RM 499


Tambahan lagi, pelanggan yang berdaftar dengan Hihonor boleh daftar masuk setiap hari dan dapat menikmati baucar sehingga RM 100.

Pelanggan yang pertama kali mendaftar masuk akan secara automatik mendapat baucar RM 100 tersebut untuk HONOR 9X dan 9X Pro serta baucar RM 80 untuk HONOR MagicWatch 2 46mm dan baucar penghantaran percuma.