Dapatkan 68% Gong Xi Cashback Dari Foodpanda Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, foodpanda ingin berkongsi kemeriahannya bersama pelanggan setia dengan menawarkan pulangan tunai sehingga 68%.

Tawaran ini bermula 12 Januari sehingga 7 Februari 2020, pelanggan akan menerima antara 28% sehingga 68% pulangan tunai bagi 2,000 restoran terpilih di seluruh negara.

Antara restoran yang terpilih termasuklah Pizza Hut, Burger King, OldTown, Tealive, Pizza Domino, A & W, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi.



Untuk melihat restoran yang mengambil bahagian, pelanggan boleh memilih filter Cashback GongXi seperti yang tertera pada gambar di atas.

Berikut adalah terma dan syarat GongXi Cashback :

  1. Jumlah pulangan tunai mungkin berbeza mengikut restoran.

  2. Jumlah pulangan tunai sekitar dari 28% sehingga 68% daripada jumlah bil.

  3. Pulangan tunai hanya boleh digunakan dengan pesanan dari restoran yang sama atau tempat tertentu yang diberi ganjaran pulangan tunai.

  4. Baucer pulangan tunai akan dikemas kini 36 jam dalam dompet baucer pelanggan selepas pesanan pertama diterima.




5. Baucar pulangan tunai sah selama 30 hari dan mesti ditebus dalam tempoh ini.

6. Pelanggan akan menerima pulangan tunai pada setiap pembelian dari restoran yang terpilih.