Dapatkan 3 Bulan Akses VIP JOOX Dengan Siri HONOR 9

Baru-baru ini HONOR dan JOOX telah bekerjasama dan penggemar muzik boleh mendapatkan akses VIP daripada JOOX secara percuma.



Pelanggan yang membeli HONOR 9X Pro, 9X, 9X Lite dan 9A semasa jualan Merdeka HONOR dari 17 Ogos hingga 16 September 2020 akan mendapat akses VIP daripada JOOX selama 3 bulan.

Tambahan lagi, sempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-63 pelanggan akan menikmati potongan sebanyak 63%, hadiah dan banyak lagi sepanjang kempen ini dijalankan di laman rasmi Hihonor, HONOR Experience Store (HES) dan kedai rakan kongsi.

Tawaran Raya Merdeka di kedai


Bermula 17 Ogos hingga 16 September 2020, pelanggan akan menikmati tawaran istimewa dari HES dan kedai rakan kongsi.


Tawaran Raya Merdeka HONOR di Hihonor


Bagi yang berminat untuk membeli peranti ini dalam talian, pelanggan dapat menikmati hadiah dan penghantaran percuma bagi setiap pembelian atas RM 300.