Kempen ini hanya melibatkan pengguna prabayar Xpax yang melakukan tambah nilai kredit Xpax untuk kali pertama melalui aplikasi Celcom Life dalam tempoh kempen berlangsung iaitu 30 Julai - 30 September 2019.
Untuk menyertai kempen ini, pengguna prabayar Xpax perlu membuat tambah nilai kali pertama (RM10, RM30, RM50 atau RM100) dengan pembayaran kad debit, kad kredit, atau perbankan dalam talian melalui aplikasi Celcom Life.
Transaksi yang berjaya bakal menerima "Freebies" berupa data percuma itu dan Celcom akan menghantara SMS dalam tempoh 24 jam untuk memberitahu tentang ganjaran tersebut.
Bagi tambah nilai kali pertama, pengguna akan menikmati data percuma 25GB, tambah nilai kali kedua akan menerima 50GB dan kali ketiga akan menerima 100GB. Perlu diingatkan bahawa data internet ini hanya sah digunakan dalam tempoh 24 jam sahaja.
Untuk makluman, data internet percuma ini tidak boleh digunakan untuk hotspot. Sekiranya anda belum pernah membuat tambah nilai kredit Xpax menerusi aplikasi Celcom Life, bolehlah lakukannya sehingga 30 September 2019 nanti.
Berkaitan
- Liputan 4G Unifi Mobile Akan Dipertingkatkan Melalui Kontrak Dengan Celcom
- Anda Pengguna Celcom Xpax? Ini Cara Dapatkan Pulangan Tunai Ketika Tambah Nilai Kredit Atau Internet
- Asas Kepada Rangkaian 5G Malaysia Bakal Dibangunkan Celcom Dan Ericsson
- Pengguna Celcom Berpeluang Miliki OPPO R17 Pro, OPPO F9, Huawei Nova 3i Secara Percuma
- Celcom Tawar Diskaun 50 Peratus Bagi Pelan Internet Fiber Di Sabah
- Internet Tanpa Had Percuma Untuk Semua Pelanggan Celcom Sempena Tahun Baru
- Miliki Vivo S1 Secara Percuma Melalui Pelan Celcom Platinum Plus
- Boleh Miliki vivo X50 Pada Hanya RM59 Sebulan Dari Celcom
- Celcom Akan Kemaskini Sistem Bil Pada 11 November Ini
- Dapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Dari Celcom