Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi 2

Dalam Carta OpenSignal, Unifi Berada Ditangga Terbawah Hampir Untuk Semua Kategori Rangkaian Mudah Alih

Diterbitkan Oktober 9, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 9, 2020 oleh ariff bukhari

Laman analisis dan statistik OpenSignal telah menobatkan Maxis sebagai penyedia perkhidmatan internet terbaik bagi kategori penstriman video dan permainan.

Maxis mengatasi Celcom, DiGi, uMobile dan Unifi bagi kategoti tersebut. Malah Maxis juga turut dinobatkan sebagai juara bagi kelajuan muat turun.

Dalam Carta OpenSignal, Unifi Berada Ditangga Terbawah Hampir Untuk Semua Kategori Rangkaian Mudah Alih
Statistik ini adalah setakat bulan September 2020. Sumber: OpenSignal

Maxis menerima markah sebanyak 60/100 bagi penstriman Video, 55.3/100 bagi penstriman permainan dan mencapai kelajuan muat turun 4G sehingga 16.9Mbps.

Walaubagaimanapun, penyedia utama rangkaian internet di Malaysia, Unifi berada di tangga terbawah bagi hampir semua kategori rangkaian mudah alih.

Unifi menerima markah terendah bagi kategori penstriman video, muat turun, muat naik, dan liputan 4G mudah alih di Malaysia.

Opensignal_chart (1)
Statistik ini adalah setakat bulan September 2020. Sumber: OpenSignal

Namun begitu, Unifi masih menerima skor yang baik dan bersaing rapat dengan penyedia rangakaian internet mudah alih yang lain untuk kategori permainan mudah alih, panggilan menerusi aplikasi suara dan capaian 4G.

Dalam Carta OpenSignal, Unifi Berada Ditangga Terbawah Hampir Untuk Semua Kategori Rangkaian Mudah Alih
Statistik ini adalah setakat bulan September 2020. Sumber: OpenSignal

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa U Mobile telah menjadi penyedia rangkaian internet mudah alih yang paling ketara meningkat naik antara separuh pertama tahun 2019 hingga separuh pertama 2020

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY