Dailymotion Digodam | 85 Juta Akaun Pengguna Di Curi

Platform perkongsian video popular, Dailymotion, dilaporkan telah digodam dan dipercayai berjuta maklumat pengguna dicuri. LeakedSource, perkhidmatan yang berjaya mengenalpasti kejadian ini mengumumkan pencerobohan data pada Isnin lalu. Menurut mereka, Dailymotion telah digodam lebih dari sebulan bermula 20 Oktober 2016 yang lalu.

Maklumat yang dicuri mengandungi 85.2 juta alamat emel dan nama samaran. Walaubagaimanapun pihak Daillymotion masih belum memberi apa-apa penjelasan mengenai perkara ini.

Dailymotion dilancarkan pada 2005 dan menduduki tangga ke-113 dalam carta laman web paling banyak dikunjungi di dunia, menurut carta Alexa.

 

Sumber: TheHackerNews