Dah Cuba Pelekat Terbaru Instagram "Stay Home"?

Serta ciri baru yang membolehkan rakan anda melayari Instagram bersama anda menerusi sembang video.


Berikutan daripada printah kurungan yang dikuatkuasakan oleh hampir sebahagian besar negara di seluruh dunia ke atas penduduknya, pembangun aplikasi Instagram telah memperkenalkan 2 ciri baru yang boleh dimanfaatkan pengguna ketika ini.

Satu ciri baru yang lebih dulu diperkenalkan dalam aplikasi Instagram sejak 22 Mac lalu adalah pelancaran pelekat “Stay Home” yang boleh didapati di Stories Instagram.

https://twitter.com/instagram/status/1241450624169828353

Satu lagi ciri baru yang baru diperkenalkan kepada pengguna tegar Instagram adalah sokongan melayari kandungan Instagram secara bersama dengan rakan-rakan anda menerusi sembang video.

"To help people stay connected, we’ve launched media sharing, a new feature that allows you to view Instagram posts together with your friends over video chat. You can start a video chat by tapping the video chat icon in the Direct inbox or in an existing Direct thread, then view saved, liked and suggested photos/videos by tapping the photo icon in the bottom left corner in an ongoing video chat." Instagram.



Jadi sekiranya anda masih belum mencuba 2 ciri baru ini, bolehlah mencubanya sekarang dengan mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi terkini.