Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dah Boleh Main Spotify Sambil Guna Facebook

Dah Boleh Main Spotify Sambil Guna Facebook

Diterbitkan April 28, 2021 ยท Dikemas kini April 28, 2021 oleh Wiser MY

Mesti ramai pernah berkongsi pautan lagu dari Spotify di media sosial seperti Twitter atau Facebook. Untuk mendengar lagu yang dikongsi, pengguna akan dibawa ke aplikasi Spotify dan sesetengah mungkin merasakan ia renyah.

Dah Boleh Main Spotify Sambil Guna Facebook

Kini, Spotify baru sahaja melancarkan ‘mini-player’ di dalam aplikasi Facebook yang membenarkan pengguna mendengar lagu yang dikongsi tanpa beralih dari aplikasi tersebut.

Pengguna kini boleh terus skrol Facebook sambil menikmati lagu atau mendengar podcast yang dikongsi melalui pautan di Facebook.

Menurut Spotify, ciri baharu mini-player ini bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna tanpa perlu beralih antara aplikasi.

Ciri ini belum lagi tersedia di seluruh dunia tapi sedang dikeluarkan ke kebanyakan negara Eropah dan Asia.

Namun, ciri ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan Spotify Premium sahaja.

Sumber: ubergizmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY