Dah 2021, Pastikan Telefon Yang Anda Beli Ada Ciri-Ciri Ini

Setiap tahun semestinya telefon pintar akan diperkenalkan kepada dunia. Seperti biasa, lain tahun lain ragamnya. Sebagai contoh dahulu telefon hanya ada satu kamera belakang, kini dah mencapai empat kamera. 

Sehingga sekarang, macam-macam jenis telefon pintar berada di pasaran. Mungkin anda tidak perasan sebenarnya kebanyakan telefon tahun 2021 mempunyai beberapa ciri wajib ada. Tidak kira peranti kelas permulaan sehinggalah berkelas andalan (flagship), mereka pasti akan menawarkannya.

Oleh itu, jika anda masih berkira-kira mahu membeli telefon pada waktu sekarang, pastikan ia mempunyai ciri-ciri sebegini. Sudah tentu setiap ciri tersebut akan mempengaruhi harga juga.

Paparan OLED/AMOLED


Kalau anda masih belum pernah menggunakan peranti yang dilengkapi paparan OLED atau AMOLED, anda patut memilikinya.

Ini kerana paparan OLED atau AMOLED mampu memberikan kepuasan maksimum terutama ketika menonton YouTube mahupun menikmati siri drama Netflix pada hujung minggu.

Warna yang dihasilkan daripada panel OLED atau AMOLED amatlah berbeza jika nak dibandingkan dengan IPS LCD.

Rekaan 


Bukanlah bermakna anda perlu membeli peranti berbentuk bulat, bergulung atau berlipat. Namun, masa kini trend kemasan ‘matte’ pada panel belakang sudah menjadi kebiasaan.

Kelebihan ‘matte’ bukan sahaja membuatkan telefon pintar kelihatan lebih cantik dan nampak premium, ia juga tidak meninggalkan kesan cap jari. Tidak hairanlah kebanyakan barisan telefon berkelas andalan menampilkan kemasan yang sama.

Kamera Megapiksel Tinggi


Selain kemampuan bermain game, boleh dikatakan hampir kesemua pembeli telefon pintar akan bertanya tentang gambar yang dihasilkan bagi peranti tersebut.

Manakan tidak, jika kita mahu berkongsikan detik-detik indah atau perkara menarik di media sosial, pasti kita mahu kualiti yang baik.

Oleh sebab itu, kamera dengan megapiksel (MP) tinggi sedikit sebanyak membantu anda dalam memberikan gambar yang cantik.

5G


Sediakan payung sebelum hujan. Rasanya peribahasa tersebut sesuai sangat untuk kita pengguna di Malaysia.

Memang benar rangkaian 5G masih belum meluas dan di negara kita juga belum ada. Apa-apa pun, apa salahnya untuk kita membeli telefon dengan rangkaian 5G lebih awal. Malah, hampir kesemua telefon tahun ini sudah menawarkan sokongan 5G.

Pengecasan Pantas


Rasanya perkara ini semua sudah boleh berfikir secara waras. Siapa sahaja lagi yang mahukan pengecasan yang tidak laju. Kalau 20W pun dah dianggap pantas, bayangkan jika ia berkali ganda lebih pantas?

Teknologi ini juga sebenarnya dapat menjimatkan masa kita ketika mengecas telefon pintar. Siapa sangka dahulu kita terpaksa menunggu berjam-jam untuk bateri penuh, sekarang dalam masa beberapa minit sahaja dah boleh mencapai sekurang-kurangnya 30%-50%.

Ini Telefon Yang Anda Cari


Alangkah indah sekiranya dapat memiliki telefon yang memenuhi kesemua kriteria tersebut. Oleh yang demikian, kami mencadangkan sebuah telefon pintar terbaru dari OPPO, iaitu Reno6 Z.



Reno6 Z menampilkan rekaan yang sedap dipegang dan ditambah lagi kemasan panel belakang dari ‘matte’. Melaluinya, tiada lagi masalah cap jari melekat dan tidak perlu mengelap peranti setiap hari. Malah, ia hadir dengan warna Stellar Black, sesuai untuk anda yang menggemarkan ‘low profile’ atau warna Aurora yang lebih menonjol.

Selain daripada itu, ia dilengkapi skrin berukuran 6.4 inci menggunakan panel AMOLED dengan kecerahan sehingga 800 nits. Cukup memberi kepuasan ketika anda menggunakannya.

Telefon ini juga mempunyai sokongan rangkaian 5G kerana ia dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U 5G. Tambahan lagi, anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mengecas peranti kerana bateri berkapasiti 4310mAh ini menyokong pengecasan pantas 30W. Menariknya, ia turut mempunyai pengecasan berbalik (reverse charging).

Kita sampai ke bahagian menarik, kamera. OPPO sememangnya terkenal dalam penawaran kamera. Tidak hairanlah mereka mempunyai ramai peminat tersendiri.



OPPO Reno6 Z kali ini membuatkan pencinta gambar potret jatuh hati. Manakan tidak, ciri potret suar bokeh (bokeh flare portrait) mampu menghasilkan gambar dengan bokeh yang lebih ‘creamy’ ibarat menggunakan DSLR. Siang atau malam, tiada masalah bagi Reno6 Z dalam memberikan gambar potret suar bokeh ini. 





Seperti yang anda lihat, hanya dengan satu ‘klik’, gambar yang diambil mempunyai mood yang tersendiri dan lebih bermakna.



Selain itu, telefon ini hadir dengan tiga kamera yang merangkumi 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro bersama-sama 32MP kamera swafoto.

Jangan khuatir, walaupun kamera utama Reno6 Z 64MP, ia masih lagi dapat mengeluarkan gambar yang cukup jelas dan cantik. Ia didatangkan teknologi Image Clear Engine yang mana mampu menghasilkan gambar beresolusi tinggi sehingga 108MP.



Oleh itu, apa-apa sahaja gambar yang anda ambil dalam mengekspresikan kreativiti, ia tidak menjejaskan kualitinya.

Tambahan lagi, memandangkan ramai yang sudah boleh keluar untuk berjogging, berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, anda boleh mengambil gambar aktiviti tersebut tanpa sebarang kesusahan.



Mengapa? Reno6 Z mempunyai ciri Flash Snapshot. Apa yang dilakukannya adalah ia dapat mencapai exposures sehingga 1/1000ms. Jadi, walaupun sukan atau aktiviti yang sedang dilakukan itu mempunyai pergerakan yang laju, fungsi ini masih mampu mengambil gambar tanpa ada masalah kabur (blur).



Lain-lain yang ‘best’ mengenai ciri kamera Reno6 Z ini adalah “portrait beautification video” dan AI Palette. Kedua-duanya ada sentuhan magik dari OPPO kerana hanya satu klik, video anda mempunyai kesan serta warna yang cantik dan gambar yang anda ambil juga boleh ada tema yang sama.


Dapatkan OPPO Reno6 Z Hari Ini




Adakah anda sudah tidak sabar untuk membelinya? 

Jangan risau kerana anda sudah boleh memiliki peranti tersebut pada harga RM1699 hari ini. Pembelian boleh dibuat melalui kedai rasmi di OPPO Online Store atau Shopee dan Lazada.

Nanti dulu, bersempena hari kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, OPPO mempunyai jualan “Merdeka Sales” bermula hari ini (27 Ogos) sehingga 19 September yang menawarkan hadiah bertuah bernilai hingga RM100,000.

Dalam tempoh itu, pelanggan yang membeli Reno6 Z, Reno6 (RM2399) atau Reno6 Pro (RM2999) boleh dapatkan fon telinga TWS Enco Air dengan hanya menambah RM150, iaitu penjimatan sebanyak RM149.

Bukan itu sahaja, terdapat juga Reno6 Gift Box yang bernilai RM277 untuk dimiliki apabila anda membeli peranti Reno6 Z atau Reno6. Manakala pembelian Reno6 Pro bakal menerima hadiah percuma Marshall Backpack serta OPPO tumbler yang bernilai RM398.

Nak lagi?

Anda berpeluang memenangi hadiah bertuah melalui My OPPO app Lucky Draw. Mudah sahaja, beli mana-mana telefon OPPO, muat turun aplikasi My OPPO dan daftar untuk sertai.

Tekan pautan INI untuk makluman lanjut mengenai OPPO Merdeka Sales

**Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia