Daftar Tune Talk "Sim Kita LAH" Dan Nikmati Kredit Percuma Bernilai RM60

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 60 Malaysia, Tune Talk tampil dengan tawaran berbaloi untuk anda.

Dikenali sebagai Sim Kita LAH, ia merupakan satu pek kad sim yang berharga RM35 dan mengandungi...

  • Kredit tambah nilai RM30

  • Kredit tambahan sehingga RM60*

  • Percuma data 1GB

  • Bonus data 500MB

  • Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia




Untuk membolehkan anda menikmati kredit tambahan bermilai RM60, anda perlulah membuat tambah nilai minimum RM30 pada setiap bulan dan Tune Talk akan memberi kredit bernilai RM5 sehingga 12 bulan (RM5x12 bulan=RM60).

Selain daripada itu, bagi bonus data percuma 500MB, anda dikehendaki mengaktifkan kad sim tersebut sebelum 15 September 2017 hadapan.



Sumber: Tune Talk via Lowyat.net