Daftar TIME Fibre Broadband Sebelum 15 Jun Dan Anda Boleh Jimat RM240 Untuk Bil Bulanan

Pengendali rangkaian jalur lebar tempatan, TIME, kini dilihat mempromosikan dua pelan jalur lebar mereka yang berkelajuan 500Mbps dan 1Gbps.

Promosi berupa penjimatan sehingga RM240 pada bil bulanan bagi pendaftaran baru itu telah bermula dan akan dilangsungkan sehingga 15 Jun hadapan.

Ia terbuka untuk pendaftaran baru sahaja dimana pelanggan boleh mendapatkan salah satu pelan jalur lebar TIME (500Mbps atau 1Gbps) beserta potongan RM 10 pada yuran bulanan. Potongan RM10 pada setiap bulan tersebut akan dijalankan selama tempoh 24 bulan pertama selepas mendaftar (RM10 x 24bulan).

Potongan RM10 setiap bulan menjadikan pelan 500Mbps boleh dilanggan pada harga RM129 sebulan (harga asal RM139) dan pelan 1Gbps cuma berharga RM189 (harga asal RM199).



Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan penawaran dari TIME, boleh kunjungi laman sesawang mereka di pautan ini.