Daftar Pelan U Mobile, Dapat Vivo Y12 Dengan Harga RM0.99

Bersempena dengan pelan tanpa had HERO P79 daripada U Mobile, Vivo Y12 yang didatangkan dengan 64GB ROM kini boleh didapati pada tanda harga RM0.99 apabila anda mendaftar dengan pelan tersebut.



Vivo Y12 yang dinaik taraf 3GB RAM dengan slot MicroSD tambahan sehingga 256GB ini dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 6.35 inci yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P22 dengan bateri yang berkapasiti 5,000mAh.

Dilengkapi dengan tri-kamera AI, 13MP + 8MP + 2MP di belakang dan kamera swafoto 8MP di bahagian depan, Y12 juga hadir dengan sensor Cap Jari, GyroscopeProximityAmbient Light Sensor, dan E-Compass.



Mengoperasikan FunTouch OS 9 berdasarkan Android 9 Pie, telefon pintar dwi-SIM ini mempunyai pilihan sokongan seperti Wi-FiGPSBluetooth v5.00, radio FM, 3G dan juga 4G.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ini, boleh lihat terus laman web rasmi U Mobile di u.com.my.

Berkaitan