Daftar Pelan redONE SMART68 Dan Dapatkan Vivo Y91C Secara Percuma

Salah satu syarikat telco dalam negara, redONE Network Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan promosi menggunakan peralihan nombor mudah alih (MNP) bersama-sama dengan Vivo.

Ia memberi peluang kepada pengguna yang berminat untuk bertukar kepada perkhidmatan telco ini mendapatkan telefon pintar Vivo Y91C (RM499) secara percuma. Ia melibatkan pendaftaran bagi pelan pascabayar SMART68  dan tawaran promosi ini berlangsung dari 29 Mei lalu serta akan tamat pada 31 Ogos 2019 depan.

Pelan SMART68 menawarkan kuota data 4G LTE 15GB, 5G internet asas dan juga panggilan tanpa had bagi semua rangkaian. Terdapat juga redVIDEO yang membolehkan pengguna menonton video dalam talian berdefinisi tinggi pada bila-bila masa sepanjang hari.

redVIDEO merangkumi 16 saluran video termasuk YouTube, Neflix, iflix, dimsum, tonton, viu, dan banyak lagi. Dengan redVIDEO, pengguna tidak perlu bimbang tentang kuota data bulanan mereka yang ditolak, kerana redVIDEO disediakan dengan data eksklusif tersendiri sebanyak 10GB 4G LTE, kuota data tambahan di atas kuota data bulanan yang diberikan.

Jika anda berminat, boleh layari laman sesawang redONE untuk maklumat lanjut berkaitan promosi ini.