D-Link Perkenalkan 3 Modem 5G Terbaru

Modem terbaru ini mampu menyokong kelajuan rangkaian 5G sehingga 3Gbps.


Pengeluar peranti elektronik kini berlumba-lumba menawarkan peranti 5G sepanjang tahun 2020. Selain Huawei dan Nokia, D-Link Systems Inc. seawal Januari 2020 telah mula menawarkan modem 5G kepada pengguna yang mahukan peranti moden dengan capaian pantas.

"With expanded spectrum and new applications, 5G is going to bring more competition to the broadband market within the coming years. These solutions will help more people access that network in more places with the same wireline experience we have today." Raman Bridwell, Naib Presiden Produk dan Servis, D-Link Systems, Inc.

Untuk itu, D-Link hadir dengan 3 model modem 5G terbaru iaitu 5G NR Enhanced Gateway, 5G Gateway dan 5G NR Outdoor Unit.

Bagi model 5G NR Enhanced Gateway, D-Link menyatakan pengguna mampu memuat turun data selaju 4 Gbps menerusi rangkaian 5G atau selaju 2 Gbps menerusi rangkaian LTE 4G+.

Peranti ini turut dilengkapi dengan 3 sambungan x 1 Gigabit LAN dan 1 x 2.5 Gigabit LAN1 Gigabit WAN, 1 USB 3.0, 1 slot SIM dan 1 sambungan Voice RJ-11.

Kapsyen: 5G NR Enhanced Gateway (DWR-2010).


Modem 5G NR Enhanced Gateway telah menerima anugerah Cemerlang di Taiwan Excellence Ceremony pada November 2019 lalu.

Bagi model 5G Gateway pula, modem ini mampu memuat turun data selaju 1Gbps menerusi rangkaian 5G. Ia dilengkapi dengan 4 sambungan Gigabit LAN dan 1 Gigabit WAN, 1 USB 2.0 dan 1 slot SIM.

Manakala model 5G NR Outdoor Unit, ia dilengkapi ciri kalis air (IP45), 1 sambungan 5 Gbps dan 1 slot SIM.

Barisan modem terbaru dari D-Link ini akan mula dipasarkan pada suku kedua tahun ini. Harga pula adalah tertakluk kepada penyedia servis perkhidmatan 5G.

Berkaitan