Cyanogen Tamatkan Operasi 31 Disember Ini

California-Syarikat modifikasi perisian Android, Cyanogen, akan menamatkan kesemua operasinya bermula hujung tahun ini. Berita ini diumumkan kepada orang ramai oleh pihak Cyanogen pada Jumaat yang lalu (23 Disember).

Khabar angin tentang penutupan Cyanogen telah mula bertiup selepas penutupan beberapa buah pejabat mereka yang berpengkalan di Seattle, Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, syarikat itu juga dilaporkan bakal membuang sebilangan pekerja.

Memetik laporan dari Phone Arena, pengasas bersama Cyanogen, Steve Kondik, kini memberi tumpuan kepada penjenamaan semula disokong oleh beberapa syarikat crowdfunding.  Hal ini diketahui dari sebuah repositori perisian di GitHUb bernama Lineage Android Distribution yang dikaitkan dengan Cyanogen.

Cyanogen pertama kali dilancarkan pada Julai 2009 dimulai dengan versi 3.1. Sejak kemunculannya itu, Cyanogen telah digunakan lebih 50 juta pengguna seluruh dunia. Namun seiring dengan waktu, jumlah pengguna semakin berkurang. Sehingga kini Cyanogen telah mengeluarkan versi CM14.1 yang berasaskan Android 7.1.