Cyberjaya Multimedia Festival Kembali Lagi!

Akan akan berlangsung pada 7 September 2019 di Tamarind Square, Cyberjaya.


Pada tahun ini, Setia Haruman sekali lagi akan menghoskan acara Cyberjaya Multimedia Festival 2019 yang akan diadakan pada 7 September ini di Tamarind Square, Cyberjaya.

Acara yang bertemakan LIGHT UP! ini akan bermula dari 11 pagi hingga 12 tengah malam itu bakal menyajikan pelbagai program menarik untuk para pengunjung.

Antara acara yang bakal menjadi perhatian penunjung adalah tayangan filem, deretan gerai food truck , pelbagai aktiviti ringan untuk pengunjung, cosplay kanak-kanak dan banyak lagi.

Para peminat muzik pula pastinya bakal membingitkan suasana malam dengan adanya konsert yang akan dipersembahkan oleh artis-artis tempatan seperti Azlan And The Typewriter, The Impatient Sisters dan ramai lagi yang bakal membuat persembahan pada malam itu.

Kapsyen: Tentatif program sepanjang acara tersebut.


Kehadiran pengunjung dari para penduduk sekitar Cyberjaya mahupun luar pastinya akan memeriahkan lagi acara ini yang boleh dimasuki secara percuma. Atau anda juga boleh mendaftar sebagai pengunjung di laman sesawang Eventboxasia

Untuk info lanjut, sila layari laman Facebook Setia Haruman Sdn. Bhd.