Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata guru dan ibu bapa perlu mencungkil bakat pelajar yang terpendam dalam pengunaan teknologi digital supaya hasil usaha mereka diiktiraf dalam era transformasi digital.
Beliau berkata kemahiran digital diperlukan bukan sahaja dalam bidang teknologi maklumat atau komputer malah untuk semua bidang jurusan dalam mendepani era pembaharuan digital.
Justeru, katanya, kerajaan menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan Malaysia bersedia menerima cabaran era pembaharuan digital serta beralih ke kaedah digital dalam pelbagai urusan seperti diamalkan oleh negara maju.
"Kerajaan komited dalam memberi tumpuan kepada industri baharu ini yang semakin berkembang pesat dan relevan selaras dengan tuntutan semasa dalam semua bidang ekonomi,’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi anggota panel forum bertajuk ‘Persediaan Bakat Untuk Masa Depan’ sempena Pameran #MyDigitalMaker Fair 2018 anjuran bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kementerian Pendidikan di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan boleh menyediakan bantuan kewangan bagi golongan pereka aplikasi digital sebagai galakan di samping melibatkan pihak swasta ke arah melakukan perubahan dan anjakan seterusnya dalam bidang teknologi digital.
"Pameran sebegini bertindak sebagai platform yang mengetengahkan bakat-bakat dari seluruh negara,” katanya.
Pameran dua hari itu, yang berakhir hari ini, itu disertai oleh pelbagai agensi, guru dan pelajar yang didedahkan kepada satu pengalaman digital meliputi aktiviti robotik, percetakan 3D, ceramah kerjaya dan pertandingan berasaskan digital.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Bulan Lalu Video Tersebar, Kini Pixel 3XL Ditemui Tertinggal Dalam Kereta Perkhidmatan Lyft
- Whatsapp | Tonton Video Tanpa Perlu Muat Turun
- Dell Keluarkan Monitor 24 Inci Khas Untuk Permainan Video
- Samsung Keluarkan 4 Video Acah Galaxy S9, Memfokuskan Ciri Kamera
- 5 Video Iklan Samsung Ini Sindir Peranti Apple
- Bocoran Video Memperlihatkan Nokia 8.1 Lebih Awal Sebelum Dilancarkan
- Apple Keluarkan Video Memperlihatkan Ciri Time Lapse, Slow Mo Dan 4K Dari iPhone XS
- (Video) OPPO Reno 10X Zoom Edition Boleh Capai 60X Zoom
- U Mobile Tawar Video Streaming Secara Percuma Untuk Penggunaan Facebook, Netflix Dan Juga Twitter
- Miliki Lebih Dari 20,000 Koleksi Permainan Video, Antonio Romero Tersenarai Dalam Rekod Dunia Guinness